Anak panah tertusuk hidung, remaja berdepan cemas di Ranau  

editor@bayunews.net

RANAU (17 MAC): Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berdepan detik cemas dan terpaksa menahan kesakitan selepas hidungnya tertusuk anak panah ketika melakukan aktiviti menangkap ikan bersama rakannya.

Sejurus itu, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang mangsa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Bertindak dengan itu, pihak hospital terpaksa mendapatkan khidmat bantuan pasukan bomba selepas usaha mengeluarkan anak panah berkenaan gagal dilakukan.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.59 petang.

Sebaik tiba, pihaknya terpaksa menggunakan peralatan khas iaitu ‘bolt cutter’ untuk mencabut anak panah berkenaan.

Operasi ditamatkan pada jam 5.11 petang.