Peniaga diharap rebut peluang majukan perniagaan dengan sertai program Kuskop: Ewon

editor@bayunews.net

PENAMPANG (14 MAC): Para peniaga bundle khususnya di kawasan Penampang diharap merebut peluang untuk memajukan perniagaan dengan memanfaatkan pelbagai program yang dianjur Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, Kuskop dibawah kementeriaannya telah menyediakan pelbagai program keusahawan khusus untuk wanita seperti Amanah Ikhtiar Malayssia (AIM) dan Tekun Nasional.

Beliau berkata begitu ketika menyantuni peniaga-peniaga bundle di Tamu Donggongon di sini.

Ketika kunjungan, Ewon sempat mendengar keperluan dan permasalahan yang dialami para pengusaha bundle disamping memberi motivasi kepada mereka supaya terus maju walau berhadapan banyak cabaran.

“Oleh itu, saya berharap para peniaga bundle khususnya di kawasan Penampang merebut peluang untuk memajukan perniagaan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang turut menerima kunjungan daripada Persatuan Peniaga Bundle Penampang dan mengemukakan permohonan agar ruang sementara disediakan apabila Tamu Donggongon ditutup untuk kerja-kerja naiktaraf pada tahun hadapan.

Menurut Pengerusi Persatuan Peniaga Bundle Penampang Betty Jomiol berkata, keprihatinan Ewon membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi para peniaga bundle Penampang memberi sinar harapan kepada mereka.

Betty turut meluahkan rasa bangga dengan sikap keterbukaan dan mesra rakyat Datuk Ewon kerana sudi meluangkan masa melakukan kunjungan dan menemui para pengusaha bundle di Tamu Donggongon.

Dia yang memawakili suara pengusaha bundle meyakini kewibawaan Datuk Ewon dalam menyediakan sokongan dan bantuan buat nasib pengusaha-pengusaha kecil supaya terus terbela.

Untuk rekod, Persatuan Peniaga Bundle Penampang yang ditubuhkan pada 2019 mempunyai 190 ahli yang kebanyakannya terdiri daripada golongan suri rumah dan berpendapatan rendah dalam menjalankan perniagaan untuk menambah sumber pendapatan keluarga.