
Hajiji teruja terima replika kad pengenalan diri dari JPN

editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (8 MAC: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berasa teruja menerima replika kad pengenalan lamanya daripada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sabah yang baharu, Ervinah Kebahi @ Syarafina Ibrahim.
Ervinah berkongsi saat mengembirakan itu bersama Ketua Menteri selepas menyerahkan replika kad pengenalan berkenaan dalam kunjungan hormatnya di Pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu, di Kota Kinabalu pada Isnin.
Ervinah, memulakan tugas sebagai Pengarah JPN Sabah yang baharu pada Januari 2023 bagi menggantikan Khairul Aminus Kamaruddin. Beliau sebelum ini bertugas di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (