
Kes ragut di Kg Lok Batik Tuaran, seorang suspek utama berjaya ditahan
editor@bayunews.net
TUARAN (4 MAC): Seorang suspek terlibat jenayah ragut kejadian di tepi Jalan Sulaman berdekatan Kampung Lok Batik di sini berjaya ditahan polis hasil maklumat yang disalurkan.
Difahamkan kejadian pada 28 Febuari lalu suspek bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas bertindak melarikan beg tangan milik seorang wanita berusia 59 tahun di hadapan gerai menjual kuih di lokasi kejadian.
Walau bagaimanapun, cubaan itu gagal selepas sebuah kereta perodua Myvi hitam berjaya menghalang kedua-dua suspek.
Suspek kemudian bertindak melarikan diri ke dalam hutan berdekatan selepas meninggalkan motosikal serta beg tangan mangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata seorang suspek berjaya ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
“Siasatan lanjut serta usaha mengesan rakan suspek masih bebas giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya siasatan dijalankan dan pihak polis sudah memanggil beberapa individu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.





