Lima cedera insiden kemalangan dua kenderaan di Sook

editor@bayunews.net

SOOK (2 MAC): Kemalangan dua jenis kenderaan melibatkan Perodua Myvi dan Perodua Viva di Jalan Salir, Sook dekat sini mengakibatkan lima orang cedera dalam kejadian pada jam 2 petang, kelmarin.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sook, PBT Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang.

Katanya, seramai lima anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Ranizan Samirin dikerah ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, didapati satu kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah Perodua Viva.

“Empat mangsa berada di dalam Perodua Myvi manakala seorang lagi mangsa berada di dalam Perodua Viva.

“Kesemua mereka cedera selepas operasi membawa keluar dari kenderaan berjaya dilakukan oleh pasukan bomba.

“Mangsa turut dihantar ke Klinik Kesihatan Sook untuk rawatan susulan,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 3.32 petang itu.