Mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Wartawan Bayu News
editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (27 JAN): Hujan lebat yang berterusan di Sabah sejak beberapa hari lalu membawa kepada peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 9,677 orang setakat jam 4 petang hari ini berbanding 6,843 orang pada awal pagi tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, semua mereka (mangsa) dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah yang terlibat.
“Empat PPS menempatkan mangsa banjir masih menunjukkan peningkatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Untuk rekod, Kota Marudu mencatatkan angka mangsa banjir tertinggi sebanyak 7,358 mangsa dikuti Pitas (1,522) dan Paitan (664).
Sementara itu, Tawau merekodkan jumlah mangsa seramai 109 mangsa daripada 24 KIR manakala Telupid adalah seramai 24 mangsa melibatkan lima KIR.