Mayat membengkak sejak beberapa hari ditemui di Lahad Datu

editor@bayunews.net

LAHAD DATU (17 JAN): Sekujur mayat lelaki dalam keadaan membengkak ditemui di kawasan ladang kelapa sawit persendirian di Jalan Anjur Juara, Batu 5, di sini pagi kelmarin.

Difahamkan, mayat dalam keadaan terbaring itu dipercayai menjadi mangsa bunuh telah beberapa hari berada di situ berhampiran dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi berwarna putih.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan menerusi MERS999 sekitar jam 11.46 pagi daripada lelaki warga tempatan yang menemui mayat tersebut.

“Tiada sebarang identiti dan tanda kecederaan luaran terhadap tubuh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tawau untuk bedah siasat.

Siasatan kes itu masih dijalankan, katanya.