
Arus sungai deras punca jambatan Kampung Mohimboyon runtuh di Ranau

Wartawan Bayu News
editor@bayunews.net
RANAU (3 JAN): Sebuah jambatan utama yang menghubungkan Kampung Mohimboyon dekat sini runtuh akibat arus sungai deras, lewat petang Isnin.
Kejadian kira-kira jam jam 4.30 petang itu telah menyebabkan jambatan terlibat terpaksa ditutup bagi mengelakkan sebarang risiko dan keselamatan penduduk.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Ridwan Mohd Taib ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.05 petang.
Bertindak atas aduan, sepasukan bomba dari BBP Ranau dikerah ke lokasi kejadian.
“Hasil pemeriksaan mendapati jambatan utama penduduk di Kampung Mohimboyon runtuh disebabkan air sungai deras,” katanya dekat sini.
Pihaknya turut melakukan pemeriksaan dan pemantaun di lokasi berkenaan.
Untuk rekod, tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera dilaporkan.