
Warga emas usia 80 tahun hilang tanpa jejak di Kota Belud

Wartawan Bayu News
editor@bayunews.net
KOTA BELUD (15 DIS): Kehilangan lelaki warga emas berusia 80 tahun dekat sini memaksa usaha mengesan dan mencari mangsa giat dilakukan di Kampung Bangkahak Nayasan, pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Yasap, dilaporkan hilang sejak jam 3 pagi tadi di kediaman mereka.
Menurut aduan daripada anak mangsa, usaha pencarian awal dilakukan di kawasan sekitar kediaman dan hutan dengan bantuan keluarga serta orang kampung.
Namun, usaha itu ternyata tidak memberi sebarang jejak dan memaksa anaknya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Menurut kenyataan Balai dan Penyelamat BBP) Kota Belud, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 9.52 pagi tadi.
Sepasukan jentera yang diketuai Pegawai Operasi, PPgB Muhammad Syazwan Latun dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 18 kilometer dari BBP bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Sehingga kini, tiada sebarang penemuan dan sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa.