Bantu cari waris kanak-kanak lelaki mangsa pengabaian: JKM
Wartawan Bayu News
editor@bayunews.net
SANDAKAN (15 DIS): Pejabat Kebajikan Beluran memohon bantuan orang ramai bagi mengesan keluarga atau waris kanak-kanak lelaki yang menjadi mangsa pengabaian, dekat sini.
Kanak-kanak malang dikenali dengan nama Hans Ian Matoe itu kini berusia 5 tahun.
Difahamkan, Hans dilahirkan pada 14 Ogos 2017 oleh seorang perempuan bernama Jessi.
Jessi telah berjanji akan memberikan bayinya kepada Kitt Pamela Jungkin (pengadu) untuk dijadikan angkat.
Namun, selepas dua hari melahirkan, Jessi telah menghilangkan diri dan sehingga kini tidak dapat dihubungi dan dikesan.
Orang ramai diminta yang mengenali waris kanak-kanak malang itu segera tampil membantu siasatan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).
Sebarang maklumat, boleh berhubung Pelindung Daerah Beluran, melalui talian telefon 016-5528340(H) dan 089- 518301(O).
Terdahulu, satu laporan polis dibuat seorang pengadu, bertarikh 20/10/2021, melaporkan pada 14/08/2017 lebih kurang jam 10.00 pagi, bertempat di rumah ibu mertua pengadu di Lot 60, Taman Perumahan Lama, 90107 Beluran.