Tourism Malaysia lancar direktori tapak selam edisi kedua

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

KOTA KINABALU (9 DIS): Tourism Malaysia melancarkan direktori tapak selam edisi yang kedua.

Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata, penerbitan direktori bertajuk Sabah & Labuan 101 Dive Treasures – A Diver’s Ultimate Playground itu bertujuan untuk membekalkan maklumat terkini kepada semua peminat aktiviti selam skuba mengenai lokasi dan operator selam yang terdapat di Sabah serta Labuan.

KENANGAN…Iskandar (tengah) ketika bergambar kenangan bersama dalam pelancaran majlis tersebut.

“Beberapa destinasi menyelam yang baharu ditambah ke dalam direktori antaranya Pulau Selakan dan Pulau Timba-Timba di Semporna, Blue Ring Reef di Lahad Datu, Pulau Sepanggar, Kota Belud dan Vernon Banks di Labuan.

GIMIK… Iskandar memasukkan GoPro ke dalam tanki sebagai gimik pelancaran.

“Saya berharap dengan penambahan ini, penyelam akan menjadikan Sabah dan Labuan sebagai pilihan destinasi  selam  utama,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran direktori berkenaan di sini, hari ini.

GIMIK… Iskandar memasukkan GoPro ke dalam tanki sebagai gimik pelancaran.

Penerbitan direktori tersebut adalah hasil kerjasama antara Taman-Taman Sabah dan Persatuan Penyelam Skuba Malaysia (MSDA).

Iskandar (kanan) ketika ditemui media.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Noredah Othman; Ketua Penolong Pengarah Kanan (Penyelidikan dan Pendidikan), Dr. Nasrulhakim Maidin dan Pengarah Pelancongan Malaysia Sabah, Ednie Rahma Ab Rahim.-Penerangan