Gajah tolak, sepak motosikal penduduk di Tawau

Wartawan Bayu News

editor@bayunews.net

TAWAU (9 DIS): Jika sebelum ini kita digemparkan dengan serangan sang bedal, kali ini sekawan gajah pula mula memasuki penempatan penduduk di Pusat Perhutanan Luasong dekat sini, semalam.

Kawanan gajah yang dianggarkan kira-kira 30 ekor itu berjaya ditanggani oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar (JHL) sejurus menerima aduan orang awam berkenaan kejadian jam 9 pagi itu.

Rakaman video berdurasi satu minit lapan saat yang tular berkenaan serangan memaparkan salah seekor gajah dewasa menggunakan belalainya menolak dan menyemak sebuah motosikal yang berada di depan kediaman penduduk.

Menurut pegawai JHL Tawau, Primus Lambut berkata pihaknya bersama kakitangan Yayasan Sabah melakukan pemantauan pergerakan kawanan gajah itu sehingga jauh dari kawasan perkampungan penduduk.

Setakat ini, tiada kerosakan lain dilaporkan berhubung insiden itu.