SEYBI SABBY
editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (25 NOVEMBER): Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor hari ini mengumumkan Kerajaan Negeri Sabah memutuskan pada 28 November bersamaan hari Isnin depan sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi Negeri Sabah.
Ia selaras dengan pengumuman cuti peristiwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada tarikh berkenaan sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), katanya dalam satu kenyataan di sini.