Cubaan lari bersama syabu bernilai RM70,000 gagal

SEYBI SABBY

editor@bayunews.net

TAWAU (11 NOVEMBER): Seorang lelaki warga asing cuba melarikan diri bersama dadah seberat 1,020 gram dianggar bernilai RM70,000 berjaya ditahan dalam satu operasi pemeriksaan di Jalan Bunga Tanjung, dekat sini.

Kira-kira jam 4.35 petang itu, suspek berusia 27 tahun memandu sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, ketika pemeriksaan suspek sempat melarikan diri namun berjaya diberkas semula di sebuah premis makanan berdekatan.

Hasil pemeriksaan, pihaknya menjumpai sebuah beg plastik berisi syabu di belakang tempat duduk penumpang.

Suspek dibawa ke IPD Tawau dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.