PPM gagalkan cubaan seludup minyak masak subsidi di Semporna

SEYBI SABBY

editor@bayunews.net

SEMPORNA (8 NOVEMBER): Tiga lelaki warga asing berumur lingkungan 16 hingga 45 tahun yang melakukan cubaan menyeludup minyak masak peket bersubsidi berjaya digagalkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Kampung Panji, dekat sini semalam.

Kira-kira jam 7.30 malam itu, PPM dalam tugas OP Gelora Khas berjaya mengesan sebuah bot jongkang yang mencurigakan sedang sarat dengan muatan.

Anggota PPM bertindak memintas dan menahanan bot berkenaan bagi tujuan pemeriksaan.

Didapati, tiga lelaki warga asing berada di dalam bot bersama muatan 5.1 tan minyak masak peket bersubsidi.

Semua warga asing terbabit ditahan, manakala minyak masak dan bot yang dianggarkan bernilai RM49,000 itu dirampas.

Semua suspek dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Semporna untuk tindakan lanjut.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan barangan berkenaan.