SEYBI SABBY
editor@bayunews.net
KOTA KINABALU (4 NOVEMBER): Kes semasa jangkitan COVID-19 bagi negeri Sabah hari ini terus mencatatkan peningkatan susulan lonjakan kadar positiviti.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, pertambahan yang agak besar itu berpunca daripada kadar positiviti yang meningkat daripada 9.53 peratus semalam kepada 12.45 hari ini.
Jelasnya, peningkatan sebanyak 39 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 254 kes baharu.
“Sebanyak 247 daripada 254 berada dalam kategori 1 dan 2.
“Satu kes dalam kategori 3 dan enam kes lagi berada dalam kategori 4.
“10 daerah merekodkan jangkitan dua angka yang didahului Kota Kinabalu dengan 57 kes (-16), Penampang 27 kes (+17), Lahad Datu 23 kes (+15), Sandakan 17 kes (-5), Tuaran 15 kes (-8), Keningau 14 kes (+12), Beaufort 12 kes (+12), Putatan 11 kes (-11), Papar 10 kes (+2) dan Tawau 10 kes,” katanya.
Sepanjang 24 jam lalu hanya empat daerah tiada kes jangkitan baharu.