
7,000 ekar tanah NT diberikan buat pemohon di Sabah

editor@bayunews.net
MATUNGGONG (17 OKT): Kerajaan Negeri di sini mengeluarkan 1,330 geran hakmilik Anak Negeri (NT) membabitkan hampir 7,000 ekar tanah di seluruh Sabah sejak 12 Mei lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, hak milik tanah itu diberikan kepada pemohon di Pitas (206), Telupid (181), Tongod (611), Bandau (51) dan 281 di sini semalam.
Ketua Menteri menyampaikan hakmilik tanah seluas 1,546.68 ekar dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Matunggong.
“Lebih banyak permohonan akan diluluskan apabila pemprosesan selesai,” katanya.
Hajiji menyampaikan geran tanah kepada wakil pemohon tanah Matunggong.
Hajiji turut memberi jaminan bahawa permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Julita Majungki antaranya untuk memartabatkan Matunggong menjadi daerah penuh, pembaikan jalan dan balai raya baharu sedang dipertimbangkan.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ruddy Awah dan Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Wahab Kanak.