FAS santuni penduduk agih 50 bakul makanan di Tawau

editor@bayunews.net

TAWAU (12 OKT) : Food Aid Sabah (FAS) baru-baru ini turun padang menyantuni seramai 50 penduduk kurang berkemampuan di Kampung Tanah Merah, Marotai Besar, dekat sini.

Bantuan 50 bakul makanan itu mendapat kerjasama MTT Shipping dan pengagihan turut dibantu penyelaras FAS Tawau, Kong.

Pengerusi FAS Darren Liew berkata, semua penerima bantuan tersebut adalah daripada golongan B40 yang dilihat kurang berkemampuan.

“Kebanyakkan yang menerima bantuan kali ini adalah ketua isi rumah yang bekerja sebagai buruh ladang ataupun penoreh getah di sekitar Merotai Besar.

“Kami berharap dengan adanya bantuan bakul makanan itu dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka sekeluarga,” katanya.

Menurutnya, FAS sangat berterima kasih kepada MTT Shipping kerana bersama-sama menyalurkan sumbangan iaitu 50 bakul makanan.

“FAS akan sentiasa menjalinkan kerjasama dengan pihak korporat seperti MTT Shipping supaya lebih banyak bantuan dapat disalurkan.

“Kita akan sentiasa menjalankan program mengagihkan sumbangan ke seluruh negeri Sabah bagi mengenal pasti golongan-golongan yang sangat memerlukan,” katanya.

Darren berkata, orang ramai dan korporat diminta bersama-sama dengan FAS untuk membantu penduduk di negeri ini yang kurang berkemampuan.

“Sekiranya ada pihak yang mahu bersama-sama dengan FAS boleh menghubungi talian 016-2200520 atau melayari Facebook https://www.facebook.com/FoodAidSabah untuk maklumat lanjut,” katanya.