Ismail Sabri menghadapi Agong petang ini

Wartawan Bayu News
editor@bayunews.net

KUALA LUMPUR: Istana Negara bakal menjadi tumpuan petang ini apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jam 4 petang hari ini.

Difahamkan, Ismail Sabri juga akan turut memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Dewan Rakyat selepas khabar angin berhubung perkara tersebut bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu.

Sebelum ini Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu diadakan pada tahun ini juga.

Menerusi tentatif rasmi, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini untuk mempersembah Bajet 2023 namun desas-desus mengatakan beliau juga akan memohon perkenan pembubaran Dewan Rakyat.

Teka-teki pembubaran itu akan terjawab petang ini.