Warga emas hilang di kebun
SIPITANG (1 OKT): Pasukan Bomba giat menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang warga emas yang hilang di kawasan kebun di Kampung Ulu Sipitang di sini semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pencarian membabitkan mangsa berumur 81 tahun.
Katanya panggilan kecemasan berkenaan kejadian diterima pada jam 9.03 pagi sebelum sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang bergegas ke lokasi bagi melakukan operasi SAR.
“Maklumat awal kejadian memaklumkan mangsa mula masuk ke kawasan kebun pada jam 06:30:00 kelmarin dan tidak kembali ke rumah sehingga pagi semalam.
“Usaha mencari mangsa kemudiannya dijalankan oleh penduduk kampung bagaimanapun gagal dijumpai.
“Pihak keluarga mangsa turut memaklumkan mangsa mengalami penyakit nyanyuk dan dibimbangi ianya menjadi punca kepada kehilangannya,” katanya.
Beliau berkata lasukan bomba yang tiba ke lokasi kejadian segara menjalankan operasi SAR di kawasan mangsa dilaporkan hilang.
“Pencarian juga dijalankan di sekitar kawasan kebun dan maklumat lanjut berkenaan operasi akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.
Sumber: Utusan Borneo