KOTA KINABALU (29 SEPT): Seorang pesakit maut dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah hospital, di sini, Rabu.
Lelaki Cina berusia 65 tahun dari Tawau itu dikatakan telah mendaftar masuk ke wad sehari sebelumnya.
Seorang pelawat hospital mendengar amaran ‘Code Blue’ hospital berkenaan kira-kira jam 10.15 pagi.
Dia bertanya kepada kakitangan perubatan apa yang berlaku dan diberitahu seorang pesakit terjatuh dari tingkat 11 premis itu.
Difahamkan, pesakit itu mendarat di tingkat enam premis dan kakitangan perubatan bergegas memberikan bantuan. Pesakit itu dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya akibat terjatuh.
Ketua Polis Bandaraya ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.15 pagi.
Penemuan awal menunjukkan lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan serius walaupun paramedik berusaha memulihkannya.
Lelaki itu disahkan meninggal dunia pada 10.10 pagi.
Pemeriksaan di tingkat enam premis itu membawa kepada kesan tompokan darah dan serpihan gigi dipercayai milik lelaki berkenaan.
Tiada unsur jenayah ditemui. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Harian Ekspres