IPDAS rai 244 graduan tamat pengajian

KENINGAU:  Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) meraikan 244 orang graduan sempena Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS kali ke-16.

Majlis istiadat berkenaan disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Senator  Datuk Idris Ahmad di sini semalam.

Dalam majlis tersebut, seramai 83 graduan Diploma Dakwah Islamiah, 23 graduan Sijil Pengajian Islam dan 138 graduan Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia menerima diploma dan sijil masing-masing.

Turut disampaikan anugerah dan penghargaan kepada graduan cemerlang antaranya Anugerah Emas Tuan Yang Terutama Tun, Anugerah Ketua Menteri, Anugerah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Anugerah Menteri Tugas-tugas Khas, Anugerah Yang di-Pertua Muis dan Anugerah Ketua Pengarah JAKIM.

Hadir sama, wakil Menteri Tugas-tugas Khas Sabah, Datuk Saifulzaman Sanggul dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff./Penerangan-