PGU lakukan penerbangan ihsan bantu urus pengebumian jenazah dari Lawas ke Kunak
KOTA KINABALU (20 SEPT) : Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan penerbangan ihsan membawa jenazah ibu kepada Konstabel Nurshahidul Abdul Gagah yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas, Sarawak di sini, baru-baru ini.
Jenazah Allahyarhamah Rusia Kibong telah dibawa ke kampung halamannya di Kunak untuk dikebumikan selepas disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung dengan menggunakan helikopter jenis Agusta Westland AW 139 yang diketuai oleh Juruterbang, DSP Nazarudin Husein bersama Komander Operasi, ASP Shaike Faiqzal Johari dan pemerhati udara Sarjan Mejar Asrizal Alwi serta Koperal Kenneth Nawot.
Seluruh warga PDRM menzahirkan ucapan takziah buah ahli keluarga Konstabel Nurshahidul. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah.
Sumber: PGU Pangkalan Sabah