
Kerabat bergegas untuk bersama Ratu Elizabeth II

BALMORAL, SCOTLAND: Anggota kerabat diraja bergegas untuk berada di sisi Ratu Elizabeth II selepas pasukan perubatan bimbang keadaan kesihatan ratu berusia 96 tahun yang dinasihatkan kekal di bawah pemantauan perubatan.
Ratu Elizabeth, raja paling lama memerintah Britain dan raja tertua dunia dilaporkan menghidap ‘episodic mobility problems’ sejak hujung tahun lalu.
“Merujuk penilaian lanjut pagi ini, doktor bimbang keadaan baginda dan mengesyorkan baginda terus diletakkan di bawah pemantauan perubatan. Ratu kini berada di Balmoral,” menurut kenyataan istana.
Kenyataan itu turut menjelaskan putera sulung baginda dan pewaris takhta, Putera Charles dan isteri, Camilla dikhabarkan berangkat ke Istana Balmoral, istana yang dihuni bersama putera sulungnya, Putera Wiliam.
Oktober tahun lalu, Elizabeth menghabiskan masa semalamam di hospital dan sejak itu baginda dipaksa mengurangkan interaksi dengan awam.
Semalam, baginda membatalkan mesyuarat secara maya dengan menteri kanan selepas disyorkan doktornya.
Sehari sebelum itu, beliau hadir dalam majlis pelantikan Perdana Menteri United Kingdom, Liz Truss sebagai perdana menteri baharu di Balmoral, Perdana Menteri ke-15 dalam pemerintahannya sekali gus memecahkan rekod.
Awal tahun ini menandakan ulang tahun ke-70 Ratu Elizabeth II menaiki takhta dengan sambutan selama empat hari pada Jun lalu. – REUTERS