
Jalan kebun diselenggara demi kemudahan petani, pekebun
KENINGAU: Penduduk Kampung Tigot Bingkor mendapat sentuhan prihatin Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik apabila penyelenggaraan jalan kebun mereka telah pun dilaksanakan.
Penduduk kampung yang diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Tigot, Pius Jaimie mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan Robert.
Pius menambah, penduduk kampung bersyukur dan merasa lega atas keprihatinan dan tindakan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya atas penyelenggaraan jalan tersebut sejauh 200 meter.
“Dengan siapnya penyelenggaraan jalan tersebut, masalah penduduk kampung dapat diatasi dimana sebelum ini jalan tersebut amat sukar dilalui kerana becak berlubang sana sini terutama ketika musim hujan.
“Laluan jalan tersebut amat penting kepada penduduk kampung itu di mana jalan tersebut digunakan sehari-hari oleh para penduduk dan sekitarnya yang kebanyakannya terdiri daripada petani dan pekebun yang berulang alik ke kebun untuk mengusahakan serta memasarkan hasil pertanian mereka, “ kata Pius.
Sumber: Utusan Borneo





