101 murid SK Bangkalalak terima BAP

Beaufort : Seramai 101 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bangkalalak di sini menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di sini semalam.

Penyampaian bantuan itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam.

Katanya bantuan itu banyak membantu ibubapa terutama persediaan awal persekolahan.

“Dengan adanya bantuan kerajaan ini, ia sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ibu bapa untuk membeli peralatan anak-anak mereka.

“Ia sudah tentu dengan adanya sumbangan bantuan ini juga anak-anak kita dapat membeli peralatan baju, kasut, buku teks dan sebagainya lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Program Hari Terbuka PIBG dan PIBKS SK Bangkalalak 2025 di sini.

BAP sebanyak RM150 mula diagihkan pada bermula Isnin lalu.